Pembangunan, Program, Sosial

Latest

BIODATA ADUN

YANG BERHORMAT DATUK HAJI TALIB ZULPILIP

Yang Berhormat Datuk Haji Talib Zulpilip Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti & Ombudsman), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Kawasan N67 Jepak.

Mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda (1974) & Sarjana Perdagangan dan Pentadbiran (1976) dari Universiti Victoria, Wellingthon, New Zealand.

Yang Berhormat Datuk telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam Negeri Sarawak bermula di Unit Perancang Negeri sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Ahli Ekonomi di Yayasan Sarawak, seterusnya Setiausaha Tetap kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Negeri Sarawak. Beliau juga pernah dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dari tahun 1995 hingga 2016, dan Pengerusi Sarawak Tourism Board

YB Datuk juga pernah berkhidmat di sektor swasta dengan memegang jawatan pengurus kanan dalam Kumpulan Petronas, menjadi Ahli Lembaga Pengarah dalam beberapa agensi kerajaan seperti : Malaysian Industrial Development Authority (MIDA), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC),  serta syarikat di senarai di KLSE – CMS Berhad dan Sarawak Consolidated Industries Berhad (Pengerusi).

Antara bantuan yang disediakan :

  • Bantuan untuk melanjutkan Pendidikan Tinggi (one-off)
  • Membaiki dan membaik pulih rumah
  • Memberi bantuan dari segi perubatan

Membantu para penduduk untuk membuat atau menyediakan:

  • Surat-surat Rasmi
  • Bantuan perkhidmatan pejabat

Muat Turun Borang

Hubungi Kami :

No 119, Tingkat 1, Jalan Masjid, Taman Sri Dagang

97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia.

Fax : 086 - 337 532