Sempena 100 tahun usia Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (1918 – 2018), dinukilkan peristiwa-peristiwa berikut yang bersangku-paut secara langsung dengan jabatan:

Kronologi Bersejarah Berkaitan Jabatan Tanah & Survei:

1830an:
15.08.1839 – Pengembara laut, Sir James Brooke hadir buat pertama kali ke bumi Sarawak. Waktu ini, Sarawak cuma meliputi bahagian Kuching sahaja dan tertakluk kepada pemerintahan Kesultanan Brunei.

1840an:
01.08.1842 – 3 tahun selepas lawatan pertama, Sir James Brooke dilantik sebagai Rajah Sarawak oleh Sultan Brunei atas jasanya menamatkan perang saudara di Sarawak (Bahagian Kuching) pada waktu itu.

1860an:
27.09.1863 – Rajah James Brooke keluar dari Sarawak untuk kali terakhir menjadikan Sir Charles Brooke sbg Rajah Sarawak yang kedua. Tahun 1863 amat penting kerana dalam tahun inilah Undang-undang Tanah yang pertama bagi negeri Sarawak diwujudkan. Ia berbentuk Rajah Order dikeluarkan secara berperingkat-peringkat, hanya mengawalselia pentadbiran tanah yang mudah. Namun, konsep NCR belum lagi dibicarakan. Surat hakmilik tanah untuk tempoh 900 tahun dikeluarkan dalam zaman ini.

1870an:
26.08.1870 – Sarawak Gazette mula dikeluar dan diedarkan. Ia adalah penerbitan rasmi kerajaan Sarawak dari 1870 hingga sekarang. Semua undang-undang bertulis akan diterbitkan melalui Sarawak Gazette dan penguatkuasaan undang-undang bertulis di Sarawak bermula dari tarikh penerbitannya / pewartaannya. Ia kemudiannya ditambahbaik melalui keluaran bersiri dalam format yang sama seperti sekarang semenjak 16.06.1908.

01.06.1873 – Pertama kali pengwujudan 3 Bahagian Pentadbiran Wilayah di Sarawak iaitu Bahagian Kuching, Bahagian Simanggang dan Bahagian Sibu

1880an:
01.09.1882 – Pengumuman penenuan minyak di Miri.

01.12.1882 – Penerbitan Land Ordinance kali pertama. Pentadbiran tanah pada zaman ini adalah dibawah Pejabat Residen dan Daerah. Pengeluaran geran dibawah Jabatan Pertanian. Urusan pindahmilik dibawah jendalian Mahkamah Sivil. Urusan ukur pula dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya. Agak kompleks urusan pentadbiran tanah pada waktu itu.

1890an:
Sept, 1899 – Pertama kali Skim Penempatan Semula untuk kaum Hakka diwujudkan di Batu Tiga, Rock Road.

1910an:
24.05.1917 – Pertabalan Sir Charles Vyner Brooke sebagai Rajah Sarawak yang ketiga. Banyak undang-undang tanah diperkenal, disusun semula serta dikuatkuasakan semasa era Rajah Charles Vyner Brooke ini.

01.02.1918 – Penubuhan Jabatan Tanah Dan Survei. Urusan pemprosesan permohonan tanah di Pejabat Residen dan Daerah, urusan pendaftaran dan pindahmilik di Mahkamah Sivil serta urusan pengukuran di Jabatan Kerja Raya telah disatukan dibawah Jabatan Tanah dan Survei.

1920an:
1925 – Jabatan Tanah dan Survei dipecah kepada dua iaitu Jabatan Tanah untuk urusan pentadbiran tanah manakala urusan ukur terletak dibawah Jabatan Survei.

07.02.1926 – “Aerial Survey” buat pertama kali dilaksanakan oleh Jabatan Survei. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti kawasan yang sudah dibangunkan dengan kawasan yang belum diusahakan. Isu NCR sudah mula dibangkitkan dan disusun ubdang-undang berkenaan dengannya. Isu NCR bukan isu sekarang sahaja tetapi sudahpun wujud sejak 1926 lagi.

26.03.1928 – Persetujuan Kerajaan British dan Kerajaan Belanda dalam penentuan sempadan antara dua wilayah jajahan (termasuk Sarawak) dalam pengukuran sempadan ditandatangani di Hague, Belanda.

1930an:
1932 – On the introduction of of the Land Ordinance in 1932, the Lands Department took over the registration of land transactions from the Registrar of the Supreme Court.

1933 – Percantuman semula Jabatan Tanah dan Jabatan Survei menjadi Jabatan Tanah dan Survei. Percantuman semula ini disertai penubuhan Cawangan baru iaitu Cawangan Perancangan selain dua Cawangan asal iaitu Cawangan Tanah dan Cawangan Survei. 3 Cawangan tertua ini wujud di JTS hingga sekarang. Dalam tahun 1954, Cawangan Penilaian diwujudkan. Urusan penilaian tanah di JTS sebelum itu adalah dilakukan oleh Cawangan Tanah.

1933 – Perpindahan pejabat Jabatan Tanah dan Ukur dari bangunan lama di Clock Tower Kuching ke bangunan Post Office Lama.

22.06.1933 – Order No. L-7 yang juga dikenali sebagai Land (Settlement) Ordinance 1933 diperkenalkan. Undang-undang ini memperakui kewujudan NCR tetapi hanya dalam ruang lingkup undang-undang bertulis. Amalan secara adat dihadkan.

1938 – In co-operation with the Federated Malay States Survey Department, which at that time was responsible for surveys in Brunei, primary triangulation covering both Sarawak and Brunei had been completed by 1938.

1940an:
16.12.1941 – Sarawak dijajah Jepun.

Mid 1945 – Pengebomam besar-besaran Bandar Miri oleh Tentera Bersekutu telah memusnahkan banyak rekod di Jabatan Tanah dan Ukur Miri.

11.09.1945 – Sarawak dimerdekakan dari penjajahan Jepun tetapi masih lagi kekal dibawah Rajah Charles Vyner Brooke tetapi dibawah pentadbiran British Military Army (BMA).

01.07.1946 – Sarawak diserahkan oleh Rajah Charles Vyner Brooke kepada Kerajaan British sebagai salah sebuah jajahan British. Sejak dari itu, kemasukan pegawai-pegawai British dari India, Australia dan New Zealand bertambah di Sarawak.

1946 – Section Kartografi diwujudkan dalam Cawangan Lukisan yang tugas utamanya pada waktu itu untuk menyelia kompilasi peta topografi.

1948 – The Land (Classification) Ordinance 1948 diwujudkan. Undang-undang mengawalselia NCR dimaktubkan di dalam undang-undang ini.

1950an:
1954 – Cawangan Penilaian diwujudkan di Jabatan Tanah dan Ukur diketuai oleh Pegawai Penilai bertauliah yang dipinjam dari Kerajaan New Zealand. Sebelumnya, urusan penilaian dilakukan di Cawangan Tanah.

1954- Satu Jawatankuasa diketuai Mr. AJ. Caradus, ex-Registrar General of Land New Zealand ditubuhkan untuk merangka Kanun Tanah Sarawak menggantikan ordinan-ordinan tanah yang sedia ada pada waktu itu.

Disember 1956 – Rang Undang-undang Kanun Tanah Sarawak diterbitkan kepada awam.

01.01.1958 – Penguatkuasaan The Land Code (Chapter 81) yang memansuhkan semua undang-undang tanah yang digubal sebelum tahun 1957. The Land Code (Chapter 81) inilah yang menjadi kanun tanah utama negeri Sarawak hingga ke hari ini dan sudah beberapa kali melalui beberapa proses pindaan.

1960an:
1961 – Perpindahan Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur dari bangunan Post Office Lama ke Jalan Badrudin (kini diduduki oleh Janatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching)

16.09.1963 – Penubuhan Persekutuan Malaysia

1963 – Penubuhan The Joint Sarawak/Sabah Survey Training School dengan En. Chai Ching Wang selaku Pengetuanya yang pertama. Beliau dibantu oleh pengajar berpengalaman En. Poh Thoon Seng, En. Chew Kuok Siong dan En. Putit Bin Sapong.

1970an:
1975 – Perpindahan Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur dari Jalan Badrudin ke Komplek Kerajaan Negeri, Simpang Tiga (kini dijadikan bangunan Universiti Swinburne).

1980an:
11.01.1989 – Pengwujudan The Research and Training Unit telah diwujudkan di Ibu Pejabat JTS.

1990an:
April, 1991 – Information Systems Branch Hq diwujudkan bagi membantu jabatan dalam merangka sistem perkomputeran jabatan

31.01.1992 – CLARES dirasmikan pelancarannya oleh YB Datuk Dr. George Chan Hong Nam

1992 – Pertukaran nama Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

09.07.1994 – Pengwujudan The Departmental Examination Panel di peringkat Ibu Pejabat JTS.

1994 – Land And Survey Information System (LASIS) dilancarkan.

01.09.1995 – Pengwujudan Seksyen Kejuruteraan di Cawangan Perancangan pada asalnya adalah untuk membantu perlaksanaan Projek Pembangunan Bandar.