Pelancaran e-bintulu.com

Alhamdulillah, portal e-bintulu.com ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Haji Talib Bin Zulpilip, Menteri Di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmen). Portal ini bertujuan untuk :

1. Meningkatkan taraf ekonomi Bumiutera Sarawak khususnya di Bahagian Bintulu dalam bidang teknologi dan pemasaran melalui Internet;

2. Berkongsi maklumat teknologi dan keusahawan; dan

3. Menyebarkan maklumat yang betul untuk peniaga konvensional menggunakan teknologi Internet untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Pada hari yang sama juga, diadakan Kursus Pemerkasaan Ekonomi Digital (e-marketing) dengan kerjasama Pergerakan Pemuda PBB N67 Jepak yang diketuai oleh Saudara Jefferi Johari. Jutaan terima kasih kepada YB Datuk yang memberi sumbangan untuk menjayakan kursus ini. Kredit juga diberikan kepada Org Kuat YB Datuk, Awang Mohd Putra dan Org Kuat Fotografi FB Page DUN N67 Jepak, Mohammad Rizal Julaihi Studioputra .

Kepada AJK yang terlibat, Siti Asai Tere Son Selina Mau Awang Nur Nasuha Madzelan Cinta Iman Maslinda Talip Cecelia Lagak Jumariani Binti Abd LatifJacklyn Albert J-Jay Nuur Sakilla , terima kasih kerana sudi memberi kerjasama.

Kepada para peserta, Ngedan Pudai Faridah Shek Cik Hellen Langet ChokIsmaida Hamiad Kamlina Kudus Rabia Juti Dewi Genam Sharifah Zalifah SNTe Amor ‘Eve Angela Ynne Kyoshiro Meiji Rabia Juti Jay Galari Christina Sarakup Jez Xavier Galan Vincent Simon Avit Catherine Manyi Miss’z Putera Safiqri Mohd Hazmi Bin Razali mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang masa kursus.

Terima kasih juga diucapkan kepada tetamu jemputan Temenggong Haji Rosli Bin Kamarudin, Penghulu Haji Drahman Bin Haji Sisit, Penghulu Chabi Ak Nangup, Noriha AliSyimvya Eyau Dave Ebah Kota.