BETONG: Orang ramai diingatkan jangan mudah termakan fitnah di media sosial bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus mengambil tanah Bumiputera bagi melaksanakan projek pembangunan tanpa memberi pampasan sewajarnya. Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah negeri berkata, ada orang setiap hari sibuk mengkritik dan mencari kesilapan kerajaan Negeri dan pemimpin. Bercakap pada majlis bertemu rakyat di Rh Entiggan di Munggu Gernis, Spaoh — Uggah berkata kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM40 juta untuk 2019 bagi kerja menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Menurut Uggah peruntukan tersebut sebagai inisiatif kerajaan Negeri membantu pemilik tanah NCR di negeri ini. Uggah turut mengkritik bahawa tidak praktikal  syor dikemukakan menteri Persekutuan baru-baru ini agar diwujudkan kanun tanah kebangsaan secara tunggal. –Sarawakvoice Kredit (Sumber) : SarawakVoice