KUCHING: Pusat yang menyediakan latihan kemahiran kepada belia Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dijangka membuka kampus kelimanya di Betong pada 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman berkata dengan kampus sementara di Betong dirancang menggunakan dua blok rumah kedai tiga tingkat yang direnovasi tidak lama lagi.

Baharu berusia empat tahun, CENTEXS mempunyai empat kampus lain iaitu di Kuching, Lundu, Dalat dan Lawas.

Bercakap selepas Majlis Konvokesyen CENTEXS Ke-4 di Pusat Konvenysen Penview Demak (PCCD), Demak Laut dirasmikan Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip — Mohd Hussein berkata kampus CENTEXS sementara di Betong dicadang dibuka antara Januari atau Mac tahun depan.

Operasi awalnya bercadang menerima seramai 200 pelatih setahun, iaitu 100 pelatih bagi sesi Januari-Julai dan 100 lagi pelatih pada sesi April-Oktober.

Antara kursus ditawarkan di kampus Betong ialah program latihan kemahiran seperti ditawarkan di kampus Kuching termasuk Teknologi Fesyen dan juga Pertanian Digital.

Beliau berkata pihaknya juga akan membina Pembinaan kampus kekal CENTEXS di Betong akan dilakukan sekiranya program latihannya mendapat sambutan warga Betong, Sarikei dan Sibu.

CENTEXS mendirikan kampus di Lundu dan kini kampus terbabit dalam pembinaan menelan kos RM200 juta, dijangka siap 2020 sama seperti kampus CENTEXS di Lawas dan Dalat. –Sarawakvoice