21 Januari 2019, Isnin – Unit Integriti & Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak (UNION) telah mengadakan lawatan meninjau perkhidmatan untuk rakyat di Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Cawangan Sarawak pada hari ini.

Lawatan diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti & Ombudsman) turut disertai oleh Pengarah SPRM Negeri Sarawak dan Pengarah JPJ Negeri Sarawak.

Lawatan ini antaranya bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, disamping mempromosikan Unit Integriti & Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak (UNION) sebagai platform rasmi kerajaan negeri dalam menerima aduan dan masalah rakyat yang berhubung kait dengan perkhidmatan awam khasnya.

Dalam rangka lawatan tersebut, YB Menteri sempat bertemu dan berbual dengan orang awam yang datang dengan urusan masing-masing dan melihat sendiri situasi rutin harian di kompleks kerajaan. Beliau juga sempat melawat kaunter-kaunter perkhidmatan yang disediakan dan beramah mesra bersama kakitangan yang bertugas dengan penuh amanah dengan memberikan sepatah dua kata-kata nasihat dan inspirasi kepada semua.

Posted by Awang Mohd Putra on Monday, 21 January 2019

Posted by Awang Mohd Putra on Monday, 21 January 2019

Posted by Awang Mohd Putra on Monday, 21 January 2019