Kuching, 10 Januari 2019

Makan Malam bersama Penceramah-Penceramah Jemputan Khas untuk program Majlis Amanat Perdana Integriti MAPI2019.

Selain daripada mendengar Amanat dari YAB Ketua Menteri, kita juga akan mendengar perkongsian daripada (1) Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Zakaria Haji Jaffar, Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) bertajuk “Sarawak Negeri Berintegriti Tinggi: Ilusi dan Realiti’. Dan pada sebelah petang kita kan ada dua lagi sesi ceramah yang saya pasti akan menambah ilmu kitak orang mengenai integriti daripada (2) Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Mohd. Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan berkongsi satu tajuk yang cukup menarik iaitu ‘Bolehkah Aku Menjadi Pegawai Kerajaan Berintegriti Hebat’ dan akan disusuli pula oleh (3) Yang Berbahagia Dato’ Sri Akhbar Haji Satar, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) dengan perkongsian beliau iaitu ‘Malaysia Baharu Bebas Rasuah: Fakta atau Propaganda’.

Posted by Awang Mohd Putra on Sunday, 10 February 2019

Posted by Awang Mohd Putra on Sunday, 10 February 2019