MAJLIS AMANAT PERDANA INTEGRITI 2019 (MAPI2019)

KUCHING, 11 Feb – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Amanat Perdana Integriti 2019 (MAPI 2019) anjuran Unit Integriti Dan Ombudsman Negeri (UNION) dengan kerjasama penuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis ini telah diadakan di Pennview Convention Centre (PCC), Kuching, Sarawak.

Pengisian utama majlis pada pagi ini ialah ‘Amanat Perdana Integriti 2019’ yang telah disampaikan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) peringkat Kerajaan Negeri Sarawak. Negeri Sarawak merupakan negeri yang pertama mengambil langkah inisiatif untuk melantik seramai 43 Penjawat Awam Negeri Sarawak yang akan ditauliah oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia ( MACA). Pegawai CeIO yang bertauliah kelak akan ditempatkan di Kementerian, Jabatan dan Badan-Bahan Berkanun Negeri Sarawak.

Sempena majlis ini juga, YBhg. Datuk Sri Mohd. Shukri bin Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM turut menyampaikan ceramah yang bertajuk “Bolehkah Aku Menjadi Seorang Pegawai Kerajaan Berintegriti Hebat” kepada kira – kira 2000 orang peserta dalam majlis tersebut. Turut hadir bagi menyampaikan ceramah pada hari ini ialah YBhg. Dato’ Sri Zakaria bin Haji Jaafar, Presiden Yayasan Anti rasuah Malaysia (YARM) dan YBhg. Dato’ Sri Akhbar Satar, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M).

Majlis perasmian ini turut diserikan dengan kehadiran YB. Datuk Haji Talib bin Zulpilip, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombusman), Menteri – Menteri, Menteri – Menteri Muda, YBrs. TPj. Razim bin Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak, Ketua – Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta wakil – wakil masyarakat di Bahagian Kuching, Sarawak.

Credit : SPRM Sarawak.

Posted by SPRM Sarawak on Monday, 11 February 2019

Posted by SPRM Sarawak on Monday, 11 February 2019

Posted by SPRM Sarawak on Monday, 11 February 2019

Posted by SPRM Sarawak on Monday, 11 February 2019

Posted by SPRM Sarawak on Monday, 11 February 2019