MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA MUBADALA
PETROLEUM MALAYSIA

21 Mac 2019, Bintulu: Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu, telah mengadakan satu majlis penyerahan biasiswa daripada syarikat Mubadala
Petroleum Malaysia kepada 10 orang pelajar jurusan Diploma Teknologi Pemasangan Paip Minyak Dan Gas. Menurut Tn Hj Nasaruddin Bin Mohammad, Pengarah ADTEC Bintulu, “Majlis yang bersejarah ini merupakan pertama kali seumpamanya diadakan sejak ADTEC Bintulu beroperasi pada 2012”.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Haji Talib Bin Zulpilip, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) dan telah turut diserikan dengan kehadiran Mr. Stefano Raciti,Country Manager Mubadala Petroleum
Malaysia yang telah membuat penyerahan ‘mock check’ sebagai simbolik kepada tajaan biasiswa yang berjumlah RM36,160.00. Penyerahan Biasiswa ini telah turut disaksikan oleh YB Datuk Haji Talib Bin Zulpilip, Encik Saifulbahary Bin Alwie (Wakil Residen), Tn Hj Nasaruddin Bin Mohammad (Pengarah ADTEC Bintulu) dan Tuan Hj Ab. Rahman Bin Hj Mohd Said (Timbalan Pengarah ADTEC Bintulu).

Posted by DUN N67 JEPAK on Thursday, 21 March 2019

Posted by DUN N67 JEPAK on Thursday, 21 March 2019

Posted by DUN N67 JEPAK on Thursday, 21 March 2019

Posted by DUN N67 JEPAK on Thursday, 21 March 2019