Kuching, 25 Mac 2019

YB Datuk merasmikan Seminar Pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) dengan usahama PUSAKA & SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Seminar yang diadakan selama satu hari ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai pelaksanaan ISO37001:2016 ABMS sesuai dengan seruan YAB Ketua Menteri Sarawak semasa Majlis Amanat Perdana Integriti (MAPI2019) pada 11 Februari yang lalu.

Seminar ini telah dihadiri oleh 300 orang peserta dari kementerian-kementerian, agensi-agensi, badan-badan berkanun dan GLC Kerajaan Sarawak.

Tahniah dan Syabas diucapkan!

“Sarawak Negeri Berintegriti Tinggi Menjelang 2030”

#integritisarawak
#ombudsmansarawak

Posted by Awang Mohd Putra on Monday, 25 March 2019

Posted by Awang Mohd Putra on Monday, 25 March 2019