CENTEXS Akan Dinaik Taraf Kepada Akademi Pada Tahun Hadapan

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg hari ini mendedahkan bahawa Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) akan dinaik taraf kepada akademi pada tahun hadapan.

Menurut beliau, untuk menuju ke arah tersebut pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan menambah beberapa kemudahan yang ada.

Tambah beliau apabila CENTEXS diisytiharkan sebagai akademi, latihan peringkat sijil akan dinaik taraf kepada latihan siswazah.

Mengulas lanjut, latihan siswazah ini akan memberikan pembelajaran yang khusus kepada latihan digital kerana ianya adalah sejajar dengan matlamat kerajaan negeri untuk meningkatkan ekonomi digital pada 2022.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas melancarkan pusat bersepadu teknikal, digital dan warisan CENTEXS.

Posted by TVSarawak.com on Thursday, 28 March 2019

Posted by TVSarawak.com on Thursday, 28 March 2019