NCR KIT MEMBANTU MEMUDAHKAN PERMOHONAN PENYUKATAN LOT INDIVIDU DI BAWAH INISIATIF BARU NCR PERINGKAT II

Sesi dialog telah diadakan pada 22-24/5/2019 kepada para Ketua Masyarakat & Kerua Kaum bagi kawasan yg telah disukat perimeter & diwartakan di bawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri yg melibatkan 3 Daerah iaitu Bintulu, Sebauh dan Tatau bertujuan untuk memaklumkan kepada mereka tentang Inisiatif penambah baikan Jabatan Tanah & Survei Sarawak dlm memperkasakan proses permohonan penyukatan lot individu di bawah Inisiatif Baru NCR peringkat kedua.

Seramai lebih kurang 150 orang termasuk YB ADUN Murum, ADUN Kakus, wakil YB ADUN Jepak, YB Ahli Parlimen Hulu Rajang dan wakil YB Ahli Parlimen Bintulu serta Pegawai bagi ketiga-tiga Daerah telah hadir di dalam ketiga-tiga sesi dialog yg diadakan.

Objektif utama dialog adalah supaya kesemua Ketua Masyarakat & Ketua Kaum yg terlibat iaitu 34 kawasan yg tlh disukat Perimeter dan diwartakan di bawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri ini yang melibatkan lebih kurang 70 000 hektar tanah NCR ini dpt menggerakkan penubuhan Jawatankuasa Induk Biro Tanah di kawasan masing-masing dlm mengemukakan dokumentasi untuk penyukatan lot individu.

Sekiranya sebahagian besar daripada kawasan ini telah bersedia dan dpt mengemukakan dokumentasi penyukatan lot individu inj maka ini akan dpt melonjak penambahan pengeluaran surat hak milik tanah di bawah sekyen 18 Kanun Tanah Negeri dan seterusnya mempercepatkan jaminan pemilikan tanah bagi tempoh kekal selama-lamanya dan sekaligus dpt mengurangkan permasalahan pertindihan tuntutan sama ada secara individu mahu pun dengan pihak lain.

Jabatan Tanah & Survei juga telah menyerahkan dokumen NCR KIT yang diperkenalkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan iaitu Innovative Q9 yang mengandungi :
– Borang Permohonan,
– Minit Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Induk Biro tanah,
– Pelan kasar pembahagian lot,
– Risalah dwi bahasa tentang proses permohonan ini
– CD dwi bahasa tentang proses permohonan ini

Yang mana dokumen di atas dpt membantu para Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum menjadi perantara Jabatan dlm menyampaikan ilmu pengetahuan dan membimbing mereka secara in-situ dlm penubuhan Jawatankuasa Induk Biro Tanah.

Ini juga adalah selaras dgn Standard Operating Procedure Jabatan dlm pekeliling berkenaan dgn penubuhan Jawatankuasa Induk Biro Tanah yakni ke arah memperkasakan JK ini agar lebih pro aktif, fokus dan objektif.

Harapan Jabatan adalah supaya dgn Inisiatif ini para penuntut NCR khususnya dapat membuat permohonan yg lebih berkesan dan secara tidak langsung membantu dlm mempercepat proses penyukatan tanah mereka yg mana sblm ini berdasarkan rekod suku tahun pertama 2019 bagi seluruh Sarawak hanya 5.51 % dpd keseluruhan kawasan yg telah disukat perimeter iaitu lebih kurang 840000 hektar dan diwarta seluas lebih kurang 740000 hektar; yg telah memohon penyukatan Lot individu dan telah dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah seksyen 18 sejak mula Inisiatif Baru ncr ini dilaksanakan iaitu pada akhir tahun 2010.

Posted by DUN N67 JEPAK on Monday, 27 May 2019

Posted by DUN N67 JEPAK on Monday, 27 May 2019

Posted by DUN N67 JEPAK on Monday, 27 May 2019

 

Kredit : https://www.facebook.com/pages/Land-and-Survey-Department-Bintulu/543042485877025