Kuching, 19 Jun 2019

YB Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) menerima Kunjungan Hormat Ahli-ahli Jawatankuasa Baharu Sarawak Dayak Graduates Association (SDGA).

Rombongan diketuai oleh Encik Gary Ningkan, Presiden SDGA bersama ahli-ahli lain, Dr Jawing Chunggat (Timbalan Presiden), Encik Haider Kowell Bete (Naib Presiden-Orang Ulu), Cik Alicia Augustine (Timbalan Setiausaha Agung), Encik Jordan Anthony (Ahli Jawatankuasa) dan Encik Surai Abell (Ahli SDGA).

Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan dan halatuju SDGA selain daripada untuk mengenali portfolio Integriti dan Ombudsman Sarawak.

Rombongan SDGA turut disambut oleh Tuan Haji Adana bin Haji Jed, Pengarah Unit Integriti & Ombudsman Negeri (UNION) bersama Pegawai-pegawai UNION. YB Datuk amat mengalu-alukan kolaborasi antara SDGA dan UNION.

Posted by Awang Mohd Putra on Tuesday, 18 June 2019

Posted by Awang Mohd Putra on Tuesday, 18 June 2019