Kuching, 21 Jun 2019

YB Datuk Haji Talib di sidang akhbar Pertandingan Mengarang Integriti 2019 anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) dengan kerjasama Persatuan Penulis Sarawak (PENULIS).

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Pertandingan Mengarang Puisi, Pertandingan Mengarang Cerpen Bahasa Melayu, Pertandingan Mengarang Cerpen Bahasa Iban, Pertandingan Mengarang Karangan / Esei Bahasa Melayu, Pertandingan Mengarang Karangan / Esei Bahasa Inggeris.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua anak-anak Sarawak di mana jua mereka berada, dan kepada penduduk dari negeri lain yang bermastautin di negeri Sarawak.

Objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu Integriti dan Rasuah, terutamanya kepada generasi muda remaja, dan belia juga untuk menyampaikan mesej berhubung Integriti dan Rasuah kepada masyarakat melalui pertandingan.

Terima kasih kepada para pengamal media yang hadir. Sama-sama kita sebarkan maklumat dan menarik lebih ramai penyertaan.

Posted by Awang Mohd Putra on Friday, 21 June 2019

Posted by Awang Mohd Putra on Friday, 21 June 2019

Posted by Awang Mohd Putra on Friday, 21 June 2019