Kumpulan kreatif & inovatif (KIK) JTS Bahagian Bintulu iaitu Kumpulan Innovative Q9 telah memperolehi tempat 3 teratas daripada 13 pasukan yang bertanding di dalam Konvensyen KIK Peringkat Jabatan Tanah & Survei Sarawak yg berlangsung di Hotel Imperial Kuching mulai 28-29/8/2019.

Tajuk projek yg dibawa adalah “ Proses Permohonan Pengukuran Lot Individu bagi Inisiatif NCR Peringkat 2 yang lebih efektif “.

Penyampaian sijil dan trofi telah dilaksanakan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Pembangunan Bandar & Alam Sekitar 2 semasa Majlis Makan Malam Hari Integriti & Inovasi Jabatan pada 29/8/2019.

Turut menyaksikan acara tersebut adalah Datu Dr Hj Wan Liz, S/U Tetap Kementerian Pembangunan Bandar & Alam Sekitar, Pengarah Tanah & Survei Sarawak, Sr Zaidi bin Mahdi, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Tn Abdullah bin Julaihi & Timbalan Pengarah (Operasi) , Tn Kueh Hui Urg serta pengurusan kanan Jabatan yg lain.

kredit : JTS Bahagian Bintulu

Posted by DUN N67 JEPAK on Saturday, 31 August 2019

Posted by DUN N67 JEPAK on Saturday, 31 August 2019