YB Datuk Haji Talib Zulpilip bergegas mengarahkan satu Mesyuarat Penyelarasan Banjir Kilat setelah menerima laporan awal kejadian berkenaan yang berlaku di Kampung Kemunting dan Kampung Assyakirin Bintulu pada jam 04:06 awal pagi tadi.

Mesyuarat Penyelarasan tersebut dibuat di Pejabat Residen pada hari ini bersama Timbalan Pengerusi BDA, Encik Haidar Khan, Tuan Residen Bintulu, BDA, JKR, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak Bahagian Bintulu, Jabatan Tanah & Survei Bahagian Bintulu, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Pusat Khidmat Masyarakat DUN N67 Jepak, Ketua- Ketua Masyarakat Daerah Bintulu.

Posted by DUN N67 JEPAK on Tuesday, 1 October 2019

Posted by DUN N67 JEPAK on Tuesday, 1 October 2019