Sistem ini adalah merupakan aplikasi web based yang mengandungi 3 akaun utama iaitu:
1. Akaun Jawatankuasa Induk Biro Tanah,
2. Akaun pegawai memproses di Jabatan Tanah & Survei,
3. Akaun orang awam

Ketiga -tiga akaun ini bercirikan :
1. Akaun Jawatankuasa Induk Biro Tanah;
⁃ membuat permohonan atas talian,
⁃ mengetahui status permohonan,
⁃ Akses kepada maklumat dan cara permohonan dibuat.

2. Akaun Pegawai Memproses ( JTS );
⁃ memproses permohonan diterima,
⁃ memantau progres permohonan
⁃ Menjana laporan permohonan.

3. Akaun orang awam ( scan QR Code );
⁃ akses kepada panduan dan cara permohonan dibuat.

Aplikasi ini boleh diakses dengan dua (2) cara iaitu :

a. Scan QR Code, dan
b. https://jts.sarawak.gov.my/in2/

Pada masa ini sistem ini digunakan untuk permohonan pengeluaran surat hak milik tanah di bawah Insiatif Baru NCR khususnya selepas kawasan tersebut telah disukat perimeter dan diwartakan sebagai Tanah Rizab Komunal di bawah seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Sistem ini telah dipersetujui secara dasar penggunaan oleh Pengurusan Tinggi Jabatan dan sesi bimbingan dan latihan akan diadakan pada 4/10/2019 di SMA Tegas, Paragon, Bintulu untuk Jawatankuasa Induk Biro Tanah yang telah memohon.

Jawatankuasa lain yang belum memohon tetapi berminat boleh berhubung dengan Pegawai Perhubungan Awam Jabatan, iaitu Puan Diana Norie anak Salang melalui talian telefon 086-311220 / 013-8080793.