Kuching, 3 Oktober 2019

YB Datuk menghadiri Majlis Perasmian Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Negeri Sarawak bertemakan “Integriti Kepimpinan Mencetus Tamadun Ummah” oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.

Seminar anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Sarawak ini telah disertai seramai 1189 orang peserta terdiri daripada ahli jawatankuasa Masjid dan Surau sekitar Kuching, Samarahan dan Serian.

YAB Ketua Menteri Sarawak ketika merasmikan seminar ini telah meluluskan penganjuran seminar ini bagi zon-zon lain juga.

YB Datuk juga telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama bertajuk “Pengendalian Masjid dan Surau yang baik dan teratur menggambarkan masyarakat Islam”.

Posted by Awang Mohd Putra on Friday, 4 October 2019

Posted by Awang Mohd Putra on Friday, 4 October 2019