RM50 JUTA UNTUK 8 PROJEK PENAMBAIKAN PERPARITAN TERJEJAS BANJIR DI BINTULU

BILA berlaku banjir sememangnya ia akan membawa banyak kepayahan kepada rakyat dan usahlah diperkata mengenai kerugian akibat kerosakan harta benda. Mendengar keluh-kesah rakyat di Bintulu telah membawa Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkunjung sendiri ke kawasan yang terlibat tadi.

Hasil daripada tinjauan rombongan Ketua Menteri itu telah membawa perkhabaran gembira buat rakyat apabila beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk lapan projek penambaikan sistem perparitan di kawasan terjejas banjir di kawasan seperti Jalan Sibiyu, Nyabau Heights, Sungai Sepegang Bintulu dan pembinaan kolam penahan air di UPM Kampus Bintulu dan ini termasuk Kampung Assyakirin dan Kampung Kemunting.

Pautan berita penuh:

https://suarasarawak.my/…/lapan-projek-penambahbaikan-sist…/

Foto yang ditampilkan adalah sekitar lawatan KM Abang Jo ke Kampung Asyikirin dan Kampung Kemunting tadi.

Posted by RedParrot on Thursday, 9 January 2020

Posted by RedParrot on Thursday, 9 January 2020