Ketua Menteri hadiri Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS

KUCHING : Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg hari ini hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS pada jam 3 petang ini.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh 4 presiden komponen parti GPS termasuk Ketua Menteri sendiri untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Amar Tan Sri James Masing, presiden Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Professor Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Tiong King Sing.

Kredit: TVSarawak.com

Posted by TVSarawak.com on Wednesday, 5 February 2020

Posted by TVSarawak.com on Wednesday, 5 February 2020