Agihan Bantuan Bekalan Makanan sempena PKP COVID-19 DUN N67 Jepak

4 April : Sebanyak 83 rumah panjang (1807 pintu) dan kampung-kampung dalam kawasan N67 Jepak telah menerima “food basket” yang diagihkan melalui JKKK masing-masing. Beberapa petugas terlibat dalam menguruskan sumbangan yang berbentuk barangan asas dari rumah ke rumah seperti beras, telur, gula, dan minyak dan sebagainya.

Untuk makluman, bantuan masih dilaksanakan. Mohon maaf di atas kesulitan kerana pergerakan agak terbatas kerana mengutamakan keselamatan dan kawalan pergerakan.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Mohon semua untuk duduk di rumah dan jaga kebersihan. Moga kita terus tabah mengharungi hari-hari yang mendatang.

“DUN 67 : Prihatin – Berkhidmat – Berbakti”

Posted by Awang Mohd Putra on Friday, 3 April 2020

Posted by Awang Mohd Putra on Friday, 3 April 2020

Posted by Awang Mohd Putra on Friday, 3 April 2020

Posted by Awang Mohd Putra on Friday, 3 April 2020