LAWATAN KE SMK BARU BINTULU
Bintulu, 24 Julai 2020 – YB Datuk Haji Talib Zulpilip mengadakan lawatan ke SMK Baru Bintulu bagi meninjau keadaan sesi persekolahan semasa PKPP dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Turut hadir ialah YBhg Datin Hajah Zaliha Abdullah, Encik Radin Poji, Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Puan Albariah, Pemangku Pengetua SMK Baru Bintulu.
YB Datuk mendengar taklimat daripada pihak sekolah mengenai persediaan dan perlaksanaan sesi persekolahan mengikut SOP dan seterusnya menyampaikan sumbangan pelitup muka dan hand sanitizer kepada pihak sekolah.
YBhg Datin turut menyerahkan sumbangan daripada SABATI kepada PIBG SMK Baru Bintulu.
*DUN N67 Jepak : Prihatin, Berkhidmat, Berbakti*

Posted by DUN N67 JEPAK on Thursday, July 23, 2020

Posted by DUN N67 JEPAK on Thursday, July 23, 2020

Posted by DUN N67 JEPAK on Thursday, July 23, 2020