29 Julai 2020 :
YB Datuk Hj Talib merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang PPD Tatau /Sebauh. Seramai 68 guru menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang PPD Tatau/ sebauh pada tahun 2019.
Dalam ucapan perasmian Yang Berhormat Datuk, beliau mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada yang penerima anugerah berkenaan,semoga pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetuskan inspirasi kepada semua warga kerja di daerah ini untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Kerajaan Negeri Sarawak katanya, sentiasa menghargai dan mengiktiraf budaya kerja cemerlang para penjawat awam, semoga ia dapat melonjakkan motivasi kepada guru-guru dalam membentuk insan kamil yang berintegriti tinggi, bersahsiah, berkualiti dan seterusnya menjadi role model dan mentor kepada rakan sekerja yang lain.
Turut bersama dalam majlis berkenaan ialah Tuan Samri bin Suhaili, Pegawai Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh, Cikgu Nafisah binti Rosli, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, En. Calvin Ligong ak Bujang @ Endawie mewakili Pegawai Daerah Tatau, Cikgu Roslan bin Rosli, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Sebauh, Cikgu Tony Madup Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Tatau.

Posted by DUN N67 JEPAK on Wednesday, July 29, 2020

Posted by DUN N67 JEPAK on Wednesday, July 29, 2020

Posted by DUN N67 JEPAK on Wednesday, July 29, 2020

Posted by DUN N67 JEPAK on Wednesday, July 29, 2020