5 September 2020
Konvensyen Parti PBB Zon Utara bentangkan 11 usul
SEBANYAK 11 usul dibentangkan semasa Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Utara yang berlangsung di Hotel Meritz, di sini hari ini.
Usul tersebut dibentangkan oleh Naib Yang Di Pertua Parti PBB, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
Usul tersebut ialah:
i. Terus menyokong kepimpinan Yang Di Pertua Parti PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memimpin Sarawak selaku Pengerusi Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), ke arah pencapaian cemerlang dalam PRN-12.
ii. Menyokong sepenuhnya polisi-polisi, dasar-dasar serta inisiatif-inisiatif Ketua Menteri dalam semua bidang, terutamanya dalam bidang ekonomi digital.
iii. Menyokong dasar memperkasakan rakyat melalui aktiviti perniagaan, keusahawanan menerusi program-program yang inovatif, termasuk dalam industri minyak dan gas.
iv. Menyokong usaha untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negeri untuk membangunkan Sarawak.
v. Menyokong pelaksanaan pindaan Kanun Tanah Sarawak untuk mempertahankan hak tanah adat bumiputera (NCR) dan memberi pengiktirafan serta menguatkuasakan undang-undang kepada liputan wilayah pribumi.
vi. Menyokong Ketua Menteri dalam mempertahankan semua hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963.
vii. Menyokong usaha kerajaan untuk terus memperkasakan pembangunan luar bandar terutamanya infrastruktur dan kemudahan awam, mewujudkan agensi pembangunan wilayah seperti Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA) dan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA).
viii. Memastikan Kerajaan Persekutuan memenuhi kewajipan untuk menyeimbangkan pembangunan pendidikan antara bandar dan luar bandar, khususnya baik pulih dan naik taraf sekolah-sekolah daif di negeri ini.
ix. Mempertahankan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya menerusi polisi-polisi kerajaan dan menggiatkan usaha-usaha agensi kerajaan seperti Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
x. Menyokong usaha-usaha kerajaan untuk membela golongan miskin (B40) melalui penyediaan Rumah Mampu Milik dan mempertingkatkan peluang pekerjaan dan latihan.
xi. Kerajaan Sarawak juga turut prihatin dengan rakyat melalui oemberian Bantuan Khas SarawakKu Sayang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan Covid-19. – Jiwa Bakti
UnReportedNews™® #iamSarawakian
Credit berita Salfian Nawawi

Posted by DUN N67 JEPAK on Saturday, September 5, 2020

Posted by DUN N67 JEPAK on Saturday, September 5, 2020

Posted by DUN N67 JEPAK on Saturday, September 5, 2020