Untuk makluman, pada 07/10/2020 bertempat di Maktab PDRM KL, YDH DIG Dato’ Sri Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani telah membuat pelancaran portal dan aplikasi Semak Mule.
Fungsi portal dan aplikasi ini adalah untuk orang awam membuat semakan terhadap No. Akaun Bank atau No. Telefon sebelum melakukan transaksi pembayaran kepada mana-mana pihak.
Dengan kemudahan ini, orang awam dapat mengetahui Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon yang pernah digunakan untuk kes-kes penipuan dan seterusnya dapat mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.
Pohon tuan2 :
1. Menyalurkan maklumat ini kepada pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing.
2. Menyebarkan kepada orang awam mengenai link berkenaan iaitu: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
Ataupun download aps di Google playstore https://play.google.com/store/apps/details…
Sekian, terima kasih