5 Mac 2021 – YB Datuk Haji Talib Zulpilip,
Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) hari ini telah menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Jantung Kota Samarahan.
Usaha ini juga bagi menyokong Program Imunisasi Covid19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dilancarkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari 2021 yang lepas.
Pada 26 Februari 2021 yang lalu juga, Kerajaan Negeri Sarawak dibawah pimpinan YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg juga telah mengadakan Pelancaran Program Imunisasi Covid19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan. Pada majlis tersebut, YAB Ketua Menteri menjadi individu terawal menerima suntikan vaksin di Negeri Sarawak.
Justeru itu, YB Datuk Haji Talib Zulpilip mengajak orang ramai untuk mendaftar segera sebagai penerima vaksin COVID19 melalui aplikasi MySejahtera sebagai salah satu usaha untuk melindungi diri dan keluarga daripada virus Covid19.
Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan bagi membendung wabak Covid19 dari terus merebak.
Lindungi Diri, Lindungi Semua.