Bintulu, 15 Mac 2021 (Isnin)
.
Sumbangan berupa bekalan makanan telah diagihkan kepada 6 Ketua Isi Rumah (KIR) di Rumah Uchong Anak Nyelipan, Sungai Sebemban, Jalan Pesisir, Kuala Tatau yang terjejas susulan penguatkuasaan sekatan pergerakan. Pengagihan sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pemuda PBB Jepak, Jefferi Johari yang juga mewakili Pusat Khidmat DUN N67 Jepak.
.
Selain penduduk Rumah Uchong, sumbangan turut diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang menjaga serta mengawal pondok ‘check point’ di kawasan rumah panjang terbabit.
.
Penduduk di rumah panjang, Uchong Anak Nyelipan diarahkan menjalani sekatan penuh pergerakan sejak 3 hingga 16 Mac ini.
.
Adalah diharapkan agar penduduk di rumah panjang berkenaan sabar dan tetap bertenang dalam mendepani musibah sekali gus mematuhi arahan serta prosedur operasi standard(SOP) yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu dan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.