Alhamdulillah… Majlis ringkas penyampaian derma oleh YBhg Datuk Haji Abdul Kadier Sahib kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) untuk daif, anak yatim, balu, ibu tunggal, OKU dan warga emas, yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi LAKIB, YBhg Datu Haji Mohidin Ishak.
YBhg Datu Haji Mohidin Ishak mewakili LAKIB dan selaku Pengerusi Masjid Assyakirin juga memberi sumbangan kepada Peryatim Bintulu yang diterima oleh Datuk Haji Abdul Kadier Sahib, Ahli Lembaga Kebajikan Anak- Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) merangkap Pengerusi Kompleks Kebajikan PERYATIM Bintulu.
Majlis ringkas tersebut telah disempurnakan di Pejabat LAKIB, Masjid Assyakirin Bintulu yang disaksikan oleh beberapa Ahli Lembaga dan pengurusan LAKIB serta Pemangku Pengurus Kompleks Kebajikan PERYATIM Bintulu, Muhammad Noor Bin Ali.