Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik tidak kira di mana jua anda berada.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan anda semua dalam mendidik anak bangsa kita.
Penularan wabak COVID-19 sejak tahun lepas telah banyak mengubah amalan pendidikan di negara kita. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dijalankan seperti biasa walau bagaimanapun, para guru sentiasa mencari pelbagai cara lain untuk meneruskan mendidik pelajar.
Sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan para guru selama ini tidak akan pernah dilupakan, bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam hati sanubari kita semua.
Semoga semua warga pendidik untuk terus bekerja keras dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita dan seterusnya melahirkan generasi masa depan negara.
“Terima kasih cikgu!”