UPDATE ISU Banjir Kilat di Jalan Utama Bintulu (Kemena) – Tatau (Berdekatan Simpang Taman Pelabuhan, Sepait).
– Berdasarkan aduan pada laluan Lebuhraya Pan Borneo yang mengalami banjir luar biasa seperti yang dilaporkan semalam, kita telah mengadakan sesi penyiasatan terperinci dan mendapati bahawa pihak kontraktor iaitu Bismart Vision Sdn Bhd telah membuat kerja penembokan tanah yang menyekat laluan air pada culvert sedia ada bawah tanah laluan tersebut yang akhir menyebabkan banjir di permukaan laluan.
-Tindakan susulan adalah Pihak JKR telah memaklumkan pihak kontraktor untuk mengorek semula agar culvert tersebut tidak ditutup dengan penambakan tanah. Pihak JKR juga telah membuka laluan sementara pada divider bagi memudahkan air yang “stagnant” di atas jalan raya.
-Tindakan L&S adalah mengeluarkan surat untuk pemberhentian kerja penembokan tanah kepada kontraktor/pelesen di kawasan tersebut sehingga sistem perparitan dan kerja-kerja penyelengaraan parit diselesaikan sepenuhnya.
– BDA secara proaktif akan memantau dr segi prosedur permohonan projek tersebut dimana ia telah diluluskan sbg Petrol Filing station – Sumber dari WGDUNJEPAKQA