17 Jun 2021 : YB Datuk Hj Talib Zulpilip melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid19 di Klinik Kesihatan Jepak.

PPV ini akan beroperasi mulai 18 Jun 2021 dari Isnin hingga Jumaat dengan permulaan menerima 40 Penerima Vaksin Covid19 sehari dan keutamaan kepada Golongan Tua yang berisiko tinggi di Kawasan Kampung Jepak dan sekitarnya.