6 Ogos 2021 – YB Datuk Hj Talib Zulpilip mendengar Taklimat Ringkas Pandemik Covid19 di Bahagian Bintulu yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Jack Aman Luat, Residen Bahagian Bintulu, turut hadir ialah Dr Azlan mewakili KKM Bintulu, Dsp Dennis Bunyak Timbalan Ketua Polis Bintulu, Dsp James Rais Ketua Polis Daerah Tatau dan Tuan Calvin, Pemangku Pegawai Daerah Tatau.

YB Datuk turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Penjawat Awam dan Frontliner yang telah bertugas untuk memastikan program vaksinasi dan pengawalan pandemik Covid19 diBahagian Bintulu berjaya dan terkawal.