13 Ogos 2021 :

Sudah menjadi rutin dari masa ke semasa Yang Berhormat Datuk Talib Zulpilip duduk mendengar keluhan dan masalah rakyat melalui Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum. Kali ini seperti biasa mendengar permasalahan dan cadangan-cadangan serta pandangan ketua kaum di kawasan Kampung Jepak yang diketuai oleh Pemanca Hj. Awang Merais bin Hj Awang Ismail. Alhamdulillah semoga isu-isu ini akan dapat diselesaikan melalui sokongan kuat daripada YB Datuk.