Alhamdulillah, ramai tertanya-tanya apa yang berlaku pada tapak OKMS dan menjadi isu perdebatan masyarakat Vaie. Mutahir ini, tapak berkenaan akan diserahkan oleh BDA kepada LAKIB (Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu) sebagai pemegang amanah tanah wakaf berkenaan. INSYALLAH langkah seterusnya untuk membina sesuatu disana kelak yang akan memberi maanfaat kepada masyarakat Dun 67 Jepak melalui pandangan dan cadangan daripada masyarakat setempat. Satu usaha daripada YB Datuk Talib Zulpilip sejak dahulu lagi mempertahankan tapak ini daripada jatuh ke tangan mereka yang tidak berkenaan, terima kasih juga kepada YAB Abang Jo kita selaku Pengerusi BDA yang mendengar suara masyarakat Bintulu mengenai tapak bersejarah ini.