Para peserta Projek Asas Akuakultur di bawah Dana Fasilitasi Pertanian ( AFF ) DUN N67 Jepak mula menerima input pertanian berupa tangki takungan air, kanvas ternakan ikan, benih ikan, pam air, makanan pellet ikan starter & grower.
Projek ini bertujuan sebagai bantuan asas kepada penternak untuk pengeluaran ikan air tawar di Bahagian Bintulu justeru meningkatkan ekonomi keluarga mereka.