16/11/21 – Seramai 15 orang para petani dari kawasan N67 Jepak, Bintulu membuat lawatan belajar ke Stesen Latihan Pertanian Sungai Sebiew bagi mempelajari teknik pembenihan ikan air tawar serta penanaman pokok kelapa tacunan.

Program yang diketuai oleh KK Torny Chan ini sedikit sebanyak untuk membuka minda para petani akan kepentingan sektor pertanian bagi meningkatkan ekonomi keluarga justeru menyahut seruan Ketua Menteri Sarawak yang disayangi berkaitan “Ekonomi Hijau”.

Semoga usaha ini akan diteruskan lagi dengan penerapan kursus serta projek dibawah Dana Fasilitasi Pertanian ( AFF ) Kerajaan Negeri Sarawak.