23 November 2021:
Majlis Perlancaran Projek Pembangunan Semula Bandar Bintulu (Stage 1) yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak di Kampung Warisan Jepak. Projek penempatan semula Kampung ini akan menempatkan 7000 lot yang akan dijalankan fasa demi fasa.
Pembangunan seberang Bandar Bintulu ini akan giat dibangunkan berperingkat dengan menyediakan kemudahan prasarana asas iaitu Jambatan Kemena dan memindahkan Pusat Pentadbiran ke Kawasan Jepak, YAB Ketua Menteri juga mencadangkan agar kawasan baharu Jepak ini diberi nama JEPAK JAYA (JJ) semoga perancangan Kerajaan GPS secara berperingkat ini akan dinikmati oleh semua penduduk disini.