27 Nov 2021: AgriCOP (Agriculture Community Outreach Proggrame ) hari ini tadi bertempat di Rh.Saong, Sungai Kemana, Jalan Pesisir Kuala Tatau – Serupai berlangsung dengan sederhana melibatkan para peserta projek Tanaman Kelapa serta dari rumah panjang berdekatan.
Program ini bertujuan mendedahkan para peserta dengan ilmu bertani. Majlis penutupan oleh YB Datuk Hj Talib Zulpilip , Menteri Di Jabatan Ketua Menteri ( Integriti Dan Ombudsman ) Negeri Sarawak selaku penyandang N67 Jepak.
YB Datuk menyarankan para peserta untuk terus berusaha meningkatkan lagi ekonomi dengan berkecimpung dalam “Ekonomi Hijau” dengan menggunakan cara baharu seperti penerapan teknologi dan sebagainya.
#Pertanian Suatu Perniagaan