26 Nov 2021: YB Datuk Talib Zulpilip melancarkan Agricop (Agriculture Community Outreach Program) untuk Dun Jepak di Rh Enbau ak Anting, Jalan Persisir Sebemban anjuran Jabatan Pertanian Bahagian dan Pertubuhan Peladang Kawasan Bintulu.
AGRICOP adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak, Kerajaan GPS bagi setiap DUN GPS di seluruh Negeri Sarawak dengan objektif untuk memberikan pendedahan secara langsung mengenai teknologi pertanian yang terkini, membolehkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran malah pendapatan dan sosioekonomi golongan sasar meningkat.
Adalah diharapkan agar program AGRICOP ini dapat memberikan impak yang positif kepada 120 peserta yang terdiri daripada 19 buah rumah panjang sekitar Jalan Pesisir Bintulu / Kuala Tatau.