13 Mac 2022
YB Datuk Talib Zulpilip merasmi Kursus Kek Lapis dan Kuih Redem anjuran Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS).
Dalam ucapan YB Datuk mengalu-alukan kursus begini kerana ia meningkatkan standard dan kualiti produk jualan makanan peserta-peserta kelak. Ini penting untuk meningkatkan lagi ekonomi usahawan tempatan agar lebih maju kehadapan dalam perniagaan sekiranya sentiasa menjaga kualiti produk.
Kursus ini diajar oleh Puan Rabiah Amit (Kek Lapis) dan Puan Siti Nurazeira (Kuih Redem). Seramai 24 orang peserta kursus yang menyertai kursus Kek Lapis dan 9 orang Kuih Redem dengan yuran Rm50 setiap kursus.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Tuan Bujang Boji Bin Sitam, Presiden DEKOMS.