20 Mac 2022
YB Datuk Talib Zulpilip dan Isteri bersama Warga emas di Majlis Tahlil sempena Ramadhan di Pusat Perkhidmatan Warga Emas Bahagian Bintulu.
YB Datuk juga menyampaikan ucapan penghargaan dan syabas kepada PPWE kerana bergerak aktif dalam membuat aktiviti bagi warga emas dan menyokong penuh aktiviti begini.
Dalam ucapan alu-aluan Puan Hajjah Siti Hadiah Budin, Pengerusi Pusat Perkhidmatan Warga Emas Bahagian Bintulu (PPWE) berharap persatuan mereka dapatlah memohon premis khas utk aktiviti mereka. Sekarang PPWE masih menyewa di bangunan lama bekas Perpustakaan BDA.
Dengan 2000 ahli yang aktif sekarang, akan banyak aktiviti yang dapat dibuat ditempat yang selesa kelak.