27 Mac 2022
YB Datuk Talib Zulpilip dan Isteri membuat FlagOff Program Infak Ramadhan 2022 anjuran PPWS ( Persekutuan PerKumpulan Wanita Sarawak) WI Bahagian Bintulu.
Dalam ucapan YB Datuk memuji usaha PPWS mengadakan program sebegini memandangkan ramai dikalangan asnaf harus dibantu dan sumbangan ketika Ramadhan menjelma ini akan lebih bermakna bagi meringankan beban mereka.
Puan Hajah Rasiah Hj Dahlan dalam ucapan alu-aluannya menyatakan terima kasih atas sumbangan ahli-ahli PPWS, rakan taulan dan ahli keluarga yang menyumbang wang dan barang dapur untuk di infak kepada golongan asnaf.
Seramai 80 keluarga asnaf yang akan menerima sumbangan ini, mereka terdiri daripada 10 perKumpulan iaitu daripada Penan Muslim Batu 10, PerKumpulan Melati-Kpg Jepak, PerKumpulan Labang , PerKumpulan Segan, PerKumpulan Orchid ( Kampung Masjid, Sebiew, Dato, Jabai), PerKumpulan Desa ( Kampung Assyakirin), PerKumpulan Kasurina (RPR Sebiew), PerKumpulan Bunga raya (RPR Sibiew, Kpg Baru), PerKumpulan Cempaka (Kpg Baru) dan PerKumpulan Tatau.
Sumbangan berkenaan berupa 10Kg Beras dan barangan asas serta wang tunai Rm50 seorang.