Bintulu (Rabu, 6 April 2022)
Ahli DUN N67 JEPAK, YB Datuk Haji Talib Zulpilip menghadiri jemputan Majlis Iftar dan Solat Terawih bersama Anak-anak Yatim dari Kompleks PERYATIM Bintulu atas undangan YM Pangiran Dato’ (Dr) Ts. Daud Pangiran Putera dan isteri YBhg Datin Dr Majmin Mohd Said.
Selain majlis berbuka puasa, pemberian hadiah berbentuk duit raya dan beg yang mengandungi kegunaan barangan peribadi, makanan ringan dan kurma kepada penghuni PERYATIM Bintulu.
Ini sedikit sebanyak diharap memberi keceriaan dan sinar di hati anak-anak yatim ini.