PENAUNG PERYATIM SANTUNI ANAK-ANAK YATIM DI BINTULU
KUCHING, Penaung Peryatim, Yang Amat Berbahagia, Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani binti Tun Tuanku Haji Bujang ke Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim (PERYATIM) Bintulu pagi ini tadi.
Lawatan penaung berkenaan adalah bertujuan untuk menambah keceriaan kepada kanak-kanak yang memerlukan di samping meringankan beban pengusaha pertubuhan kebajikan yang terlibat. Selain itu, lawatan tersebut juga dapat merapatkan silatulrahim dengan penghuni Peryatim Bintulu.
YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani turut memberi sumbangan kepada PERYATIM Bintulu sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba dan seterusnya melihat sendiri keadaan persekitaran Peryatim.
Hadir sama adalah Pengerusi Exco Peryatim, Datuk Haji Abdul Kadier bin Sahib, isteri Pengurus Besar BDA, Datin Dewi Ratna binti Abdul Ghani.