16 April 2022:
Majlis Simbolik Penyerahan Balik Lebihan Harga Jualan Lot Jepak telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Talib Bin Zulpilip.
Turut menghadiri Majlis adalah Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Bin Asghar Khan, Pengurusan BDA, Ketua-Ketua Masyarakat Bintulu & Ketua-Ketua Kaum Kawasan Jepak. Seramai 50 penerima telah hadir untuk menerima secara simbolik lebihan harga jualan lot tersebut. Semua penerima yang layak akan menerima bayaran balik tersebut terus ke akaun masing-masing mulai 19 April 2022 nanti.